Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya semua... maaf zahir dan batin... kali ni giliran aku... InsyaAllah balik JB.. huhuhu... sangat suka...

6th Anniversary




Lama tak menulis dalam ni...tak ada idea.kali ni aku nk cete pasal ulang tahun perkahwinan aku yang ke 6. anniversary aku adalah pada 28 Ogos hari tu..tapi baru sekarang baru ada kesempatan nak masukkan dalam blog aku ni.

aku just nk paste kan kat sini ucapan suami aku yang dia letak kat facebook aku...

Ismahar Ismail isteriku Sharifah Munazzah, diri ini tidak sehebat Sulaiman,jauh sekali setampan Yusof, tidak juga seteguh Ibrahim dan tidak pernah terlintas diri ini sesempurna Muhammad. terima kasih menjadi milikku untuk 6 tahun yang penuh dgan suka,duka dan kenikmatan.


Ismahar Ismail
Biar berjuta benih ku tabur, biar berderai air mata mengalir, biar berkali IUI kita buat, ALLAH punya alam maha berkuasa. bersyukur dengan apa yg kita ada...CINTA, kasih dan sayang. Love YOU

off d record, plz dont tell anybody is yg masak nasi for sahur on our anniversary. kelak akan jatuh egoku. apa pulak dikata orang is yg tegas dalam berniaga, garang dalam mendidik anak buah, dan ganas di rumah ;), rupanya ada taman dalam hati...love you.


emmm.... ucapan dia tu buat aku menangis...itu lah Ismaharaffandikan... dia sangat ceria.. kelakar.. penghibur hati ini dikala berduka..garang... romantik.. bijak.. semua benda dia tau. dia mcm ensiklopedia.. dari politik ke ekonomi sampai lah ke teknologi... semua dia tau.. bahagia aku bersama dia...gaduh tu biasalah kan..asam garam perkahwinan... pastu nanti baik balik..kekadang aku terpikir ada hikmahnya aku belum ada rezeki ada baby...kitaorang jadi sangat mesra...semua benda nk buat bersama...kekadang mandi sesama...hihihii...aku tak tau lah orang lain ada buat ke tak?tapi selepas 6 tahun usia perkahwinan kitaorang...kitaorang makin mesra..saling memahami...nak pergi bercuti pun bila-bila masa pun boleh...kalau orang lain mesti kena pikir anak...kena tunggu cuti sekolah...huhuhuh...saya sangat bahagia... terima kasih by...kerana menjadi sahabat, teman, kekasih dan suami kepada sha...love u forever.

Tuesday, August 17, 2010

Percubaan kedua - gagal....



Percubaan IUI buat kali ke dua tak menjadi. Sekali lagi ianya tak berjaya…huhuhu…sedih sangat. Mungkin sbb jauh disudut hati aku memang mengharapkan ianya berjaya. Mungkin disebabkan aku dah lewat period masa tu. Walaupun simptom2 nk period tu ada…tp disbb kan period aku lwat aku ketepikan simptom aku tu. So tu yang frust lagi sekali tu. Aku tau husband aku pun mengharap. Dia yang beria suruh aku beli pregnant test. Tp aku tak nak…aku tak nak rasa mcm mana perasaan bila kat pregnant test tu kuar 1 line jek….berdebar dan akhirnya kecewa…tak suka nk rasa mcm tu….

Lepas dapat tau aku period…aku nangis…sedih lagi teruk dari yang pertama..frust.dan mula rasa give up. Aku cakap kat husband…tak nak dah pikir pasal ni…aku cakap aku nak pi bercuti…nk pi honeymoon lagi..dia mengiakan aje..

Tapi bila aku baca kat forum…ramai yang mcm aku juga. Ada tu dah buat IUI 4 kali baru berjaya..huhuhuhu…mcm mana lah dia mengharungi dugaan ni kan…Ya Allah, kau tabahkan hatiku..kau kuatkan iman hamba mu yang lemah lagi hina ini Ya Allah…ble aku rasa frust…doa nil ah yang akan aku ucapkan…sbb aku tahu Allah mendengar doa aku. Cuma dia belum nk laksanakan lagi. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan aku ni…

Seminggu lepas buat IUI husband aku ada sms aku…dia kata…mungkin kali ni belum ada rezeki kita dapat anak lagi, sbb dia kata dia menang satu projek…rupanya betul..aku pun balas sms dia..aku cakap..tak apa lah by…sha terima apa jek rezeki Allah nak bagi…terima kasih Ya Allah…syukur atas rezeki mu…

Husband aku pujuk…dia kata…tak apa lah…by masih ada is lagi kan…?kita bahagia berdua. Kita tak sunyi…tak sunyi ke aku?tak sunyi ke husband aku? Atau tu sekadar ayat nak menyejukkan hati aku..

Husband aku selalu cakap kat aku…dia kata kalau ada rezeki dia dapat anak…dia nak buat kenduri potong jambul anak dia nanti grand gile…nk panggil photographer…nak panggil orang marhaban… tp impian dia belum boleh dilaksanakan lagi…tunggu ye sayangku…ada rezeki kita nanti…kita laksanakan impianmu itu…

So sekarang…aku pun tak tau rancangan aku…tapi yang pasti aku tak akan mengalah…aku akan tetap mencuba…walaupun umi aku cakap…sudah lah tu munaz…tak payah buat lagi…Allah belum nk bagi rezeki lah tu…disebabkan ayat umi ni lah aku mula menangis….umi doakan munaz yek…

Memang betul orang cakap…apa yang kita nak sangat dalam hidup kita…itu lah yang paling susah kita nak dapat… Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..semoga ada harapan untuk kami….doakan kami…

Wednesday, August 11, 2010

Genap 1 tahun


10 Ogos 2010 ari tu genap setahun aku bekerja di tempat baru ni. banyak pengalaman aku dapat. stress pun ada...aku keje sebagai Pen.Pegawai IT di salah satu fakulti di UPM. dalam unit aku ni ada aku, bos (Pegawai IT) ngan technican. dan yang paling stress nya....kesemua kitaorang adalah perempuan... boleh korang imagine mcm mana semua perempuan dalam satu unit it bekerja... huhuhu...memang sedih..kena memanjat, kena angkat pc...kena wat troubleshoot.. network.. hardware... server... software..semuanya kena tahu....dari sekecik2 masalah sampai lah ke sebesar2 masalah...dari masalah tak tahu nk guna word sampai lah ke masalah network tak ada...

tapi tu semua aku anggap ianya cabaran dalam pekerjaan aku. kalau tak ada cabaran pun tak best gak. nk pegi koje pun tak ada mood. banyak benda yang aku belajar. aku bukan lah tahu semua perkara..tapi ble ada masalah, dan masalah tu tak pernah aku hadapi...apa lagi. tnya pak google lah...pak google mmg bnyk membantu. so dari situ lah aku belajar semuanya. tak tahu lagi tanya orang...sampai bole solvekan masalah tu. masa tu mmg rasa puas hati lah.

aku plak dh anggap kami yang kat unit IT ni dah macam customer service. orang tepon tnya pasal masalah diorang, then kami akn solvekan. kekadang settle kan thru phone jek. kekadang kena pi site. tu jam lah kena angkat mengangkat. kekadang angkat pc dari tingkat 2 bawa naik kete...bawa blk plak ke opis..kekadang sesetengah lecturer tu nk pc ganti. so kena bawa pc ganti dari opis, bawa naik opis dia, pastu yg lama kena bawa lik opis...emmm...sian kitaorg. nak2 technican aku lah. dia lagi byk angkat mengangat ni.

tapi ada gak masalah yang kami tak leh nk bantu...antaranya pernah ada sorang lecturer ni call tnya nk setting iphone dia mcm mana...huhuhu...yg ni mmg rasa mcm customer service dah...so terpaksalah jawap...Dr yang ni Dr kena telefon service provider Dr tu. emmm...mcm2 karenah..tu lah cabarannya...hari2 pegi keje kena sentiasa bersedia. bersedia menghadapai apa masalah yang akan timbul.

kekadang masalah dengan staf yang degil.ni paling sakit hati lah. macam2 lah...tak tau nk tulis apa. masalah ngan staf yang kunun pandai IT...tapi menyusahkan semua orang.ada sekali tu..aku tolong sorang lecturer ni. udah le dia lecturer luar. kena speaking plak ngan dia. slalu lecturer foreigner ni byk songeh sikit. mcm2 mintakan...tapi aku layan jek lah. kan tadi aku cakap kitaorg ni mcm customer service..so kena cakap baik2 ngan customer aku ni. so ble semua masalah dia berjaya aku selesai kan...aku cakap kat dia...ok lah Dr. saya nk jumpa Dr. Y (bukan nama sebenar) ada problem sket..lecturer foreigner ni pun jawap lah...ok2 no problem..thank you very much...pastu dia ckp...u all ni orang penting fakulti. lagi penting dari lecturer2 kat sini. semua orang cari u. tp tak ada org pun cari i... (aku translate kan)..so tetiba rasa apa yang dicakapkan tu mcm betul jek...sikit2 cari budak IT...nk buat event kecik pun panggil budak IT..bak kata kalau kitaorg tak de...mmg lumpuh lah fakulti ni.hihihii....perasan lah plak.

anyway aku harap aku leh bertahan kat sini..bukan apa. setakat ni staf kat Unit IT fakulti ni lah yang paling ramai bertukar disebabkan depa berhenti keje...benti keje sbb stress...masa mula2 masuk sini, aku tnya technican aku, kenapa pen.peg it sebeluam aku ni berhenti kerja...dia kata budak tu stress.
huhuhuh....lelaki tu...boleh stress. apatah lagi kitaorang ni...dan semoga aku bekerja dengan ikhlas untuk mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat...amin....

Monday, August 9, 2010

Ramadhan...kehadiran mu ku tunggu



InsyaAllah...kalau di panjangkan umur, semua umat Islam akan menyambut Ramadhan pada esok Rabu 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H...

Selamat menunaikan ibadah puasa semua. Semoga kehadiran ramadhan kali ini, kita dapat mempertingkatkan amalan dan ibadah kita. Amin....

Hakimi


Hakimi : Dalam perut tu ada baby..
Munaz : Perut sapa?
Hakimi : Perut munaz lah
Munaz : Ada berapa baby dalam perut munaz.?
Hakimi : emmm...ada 2

Aku senyum...

Munaz : Tak pelah..hakimi doakan munaz dapat baby ek. munaz boring dok rumah sorang-sorang. kekadang Uncle John balik work lambat...tinggal munaz sorang-sorang..kalau ada baby leh dia teman kan munaz..
Hakimi : Boleh main ngan munaz....leh tido ngan munaz kat bilik atas tu kan...
Munaz : Betul3x....(sambil tersenyum lagi)


Mudah-mudahan....masin mulut anak buah aku ni...Allah tak bg 2 pun, 1 pun aku terima....

Tuesday, July 27, 2010

Percubaan kedua


Hari ni aku buat second IUI. Perasaan tak sama mcm yang pertama. Yang first ari tu aku rasa excited sangat nk buat. tp yang kedua ni biasa jek.takut pun ada. takut sbb sakit nk kena enject kt punggung and sakit sbb nk masuk besi kat anu...plak tu kali ni, dua malam aku mimpi pasal aku buat IUI. tak tau apa tafsiran mimpi tu. dan aku tak nak tau.mimpi kan mainan tido jek.

kebetulan hari ni hari nifsu syaaban. semlm aku puasa. mlm nya plak aku buat solat taubat ngan solat hajat. semoga dengan kehadiran malam yang penuh keberkatan ini, Allah akan memakbulkan hajat aku.

petang semlm aku tepon umi. nk cakap ngan abah.tapi abah tak ada.so tinggalkan pesan kt umi minta abah wat solat hajat utk aku mlm ni. (cakap sambil nangis).hihihihi....cenging sungguh.tu pun nak nangis...tak tau nape...sebak nk minta tolong kat abah.

pagi tadi sampai kt klinik dah lewat. kol 10. tunggu giliran aku punyalah lama. dlm kol 10.30 nama aku dipanggil tuk cek keadaan telur aku.alhamdulilah...ada 5 telur kesemuanya. dan aku diberi enjection kt punggung tuk masukkan ubat matangkan telur. sakit sangat....nurse tu kata tak sakit.rasa mcm kena gigit semut. tp aku rasa sakit jek...pastu tunggu lagi dalam 15 min tuk produce sperm my asben plak. hihihihi....ni lah part paling lawak sekali. tetiba rasa janggal nk kuarkan air mani suami. tp akhirnya berjaya gak..cayok beb!!!!pastu aku pi sarapan sbb depa nk wash sperma tu amik yang tebaik antara yang tebaik punyaaaa......

so dalam kol 12.15...nama aku dipanggil lagi tuk proses IUI....huhuhu....masa ni rasa cuak tul. sbb ble teringatkan doktor nak masukkan besi sebesar 2 jari ke dalam anu aku....pastu leh plak dia ketuk..aduh sakitnya....pastu doktor masukkan tiub yang ada sperma suamiku, dan masukkan ke dalam rahim aku...alhamdulilah.semuanya selesai. aku tak terus bangun. doktor suh aku landing kt katil tu beberapa minit...and before balik doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim. dan nurse pesan suh bersama ngan suami start mlm esok dan buat selang sehari selama 5 hari.huhuhuhu.....bolehkah?selalunya part tu lah yang selalu susah nk buat pun. sbb khamis baby dh pi main badminton.jumaat nk lik JB. sabtu ahad dah kt JB. sempat kah?aku akan cuba sedaya upaya ku....

anyway....aku hanya berserah dan bertawakal kepada Allah. segala usaha telah aku lakukan....dan sekarang aku tawakal. semoga kehadiran nifsu syaaban ini memberi sinar dan harapan untuk aku dan suami. mmg teringin sangat nak dengar tangisan bayi di rumah aku ni. teringin nak merasa bangun malam buat susu utk baby...teringin nak tgk suami tukar pamper baby...indahnya pengalaman tu ya Allah....semoga Allah akan kurniakan aku cahaya mata yang sihat, soleh dan soleha. yang dapat menyerikan keluarga aku. yang akan mendoakan kesejahteraan aku dan suami di akhirat nanti. dan pastinya kemunculan dia adalah merupakan harta yang tak ternilai kepada kami. Amin.......