Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya semua... maaf zahir dan batin... kali ni giliran aku... InsyaAllah balik JB.. huhuhu... sangat suka...

6th Anniversary




Lama tak menulis dalam ni...tak ada idea.kali ni aku nk cete pasal ulang tahun perkahwinan aku yang ke 6. anniversary aku adalah pada 28 Ogos hari tu..tapi baru sekarang baru ada kesempatan nak masukkan dalam blog aku ni.

aku just nk paste kan kat sini ucapan suami aku yang dia letak kat facebook aku...

Ismahar Ismail isteriku Sharifah Munazzah, diri ini tidak sehebat Sulaiman,jauh sekali setampan Yusof, tidak juga seteguh Ibrahim dan tidak pernah terlintas diri ini sesempurna Muhammad. terima kasih menjadi milikku untuk 6 tahun yang penuh dgan suka,duka dan kenikmatan.


Ismahar Ismail
Biar berjuta benih ku tabur, biar berderai air mata mengalir, biar berkali IUI kita buat, ALLAH punya alam maha berkuasa. bersyukur dengan apa yg kita ada...CINTA, kasih dan sayang. Love YOU

off d record, plz dont tell anybody is yg masak nasi for sahur on our anniversary. kelak akan jatuh egoku. apa pulak dikata orang is yg tegas dalam berniaga, garang dalam mendidik anak buah, dan ganas di rumah ;), rupanya ada taman dalam hati...love you.


emmm.... ucapan dia tu buat aku menangis...itu lah Ismaharaffandikan... dia sangat ceria.. kelakar.. penghibur hati ini dikala berduka..garang... romantik.. bijak.. semua benda dia tau. dia mcm ensiklopedia.. dari politik ke ekonomi sampai lah ke teknologi... semua dia tau.. bahagia aku bersama dia...gaduh tu biasalah kan..asam garam perkahwinan... pastu nanti baik balik..kekadang aku terpikir ada hikmahnya aku belum ada rezeki ada baby...kitaorang jadi sangat mesra...semua benda nk buat bersama...kekadang mandi sesama...hihihii...aku tak tau lah orang lain ada buat ke tak?tapi selepas 6 tahun usia perkahwinan kitaorang...kitaorang makin mesra..saling memahami...nak pergi bercuti pun bila-bila masa pun boleh...kalau orang lain mesti kena pikir anak...kena tunggu cuti sekolah...huhuhuh...saya sangat bahagia... terima kasih by...kerana menjadi sahabat, teman, kekasih dan suami kepada sha...love u forever.

Tuesday, August 17, 2010

Percubaan kedua - gagal....



Percubaan IUI buat kali ke dua tak menjadi. Sekali lagi ianya tak berjaya…huhuhu…sedih sangat. Mungkin sbb jauh disudut hati aku memang mengharapkan ianya berjaya. Mungkin disebabkan aku dah lewat period masa tu. Walaupun simptom2 nk period tu ada…tp disbb kan period aku lwat aku ketepikan simptom aku tu. So tu yang frust lagi sekali tu. Aku tau husband aku pun mengharap. Dia yang beria suruh aku beli pregnant test. Tp aku tak nak…aku tak nak rasa mcm mana perasaan bila kat pregnant test tu kuar 1 line jek….berdebar dan akhirnya kecewa…tak suka nk rasa mcm tu….

Lepas dapat tau aku period…aku nangis…sedih lagi teruk dari yang pertama..frust.dan mula rasa give up. Aku cakap kat husband…tak nak dah pikir pasal ni…aku cakap aku nak pi bercuti…nk pi honeymoon lagi..dia mengiakan aje..

Tapi bila aku baca kat forum…ramai yang mcm aku juga. Ada tu dah buat IUI 4 kali baru berjaya..huhuhuhu…mcm mana lah dia mengharungi dugaan ni kan…Ya Allah, kau tabahkan hatiku..kau kuatkan iman hamba mu yang lemah lagi hina ini Ya Allah…ble aku rasa frust…doa nil ah yang akan aku ucapkan…sbb aku tahu Allah mendengar doa aku. Cuma dia belum nk laksanakan lagi. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan aku ni…

Seminggu lepas buat IUI husband aku ada sms aku…dia kata…mungkin kali ni belum ada rezeki kita dapat anak lagi, sbb dia kata dia menang satu projek…rupanya betul..aku pun balas sms dia..aku cakap..tak apa lah by…sha terima apa jek rezeki Allah nak bagi…terima kasih Ya Allah…syukur atas rezeki mu…

Husband aku pujuk…dia kata…tak apa lah…by masih ada is lagi kan…?kita bahagia berdua. Kita tak sunyi…tak sunyi ke aku?tak sunyi ke husband aku? Atau tu sekadar ayat nak menyejukkan hati aku..

Husband aku selalu cakap kat aku…dia kata kalau ada rezeki dia dapat anak…dia nak buat kenduri potong jambul anak dia nanti grand gile…nk panggil photographer…nak panggil orang marhaban… tp impian dia belum boleh dilaksanakan lagi…tunggu ye sayangku…ada rezeki kita nanti…kita laksanakan impianmu itu…

So sekarang…aku pun tak tau rancangan aku…tapi yang pasti aku tak akan mengalah…aku akan tetap mencuba…walaupun umi aku cakap…sudah lah tu munaz…tak payah buat lagi…Allah belum nk bagi rezeki lah tu…disebabkan ayat umi ni lah aku mula menangis….umi doakan munaz yek…

Memang betul orang cakap…apa yang kita nak sangat dalam hidup kita…itu lah yang paling susah kita nak dapat… Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..semoga ada harapan untuk kami….doakan kami…

Wednesday, August 11, 2010

Genap 1 tahun


10 Ogos 2010 ari tu genap setahun aku bekerja di tempat baru ni. banyak pengalaman aku dapat. stress pun ada...aku keje sebagai Pen.Pegawai IT di salah satu fakulti di UPM. dalam unit aku ni ada aku, bos (Pegawai IT) ngan technican. dan yang paling stress nya....kesemua kitaorang adalah perempuan... boleh korang imagine mcm mana semua perempuan dalam satu unit it bekerja... huhuhu...memang sedih..kena memanjat, kena angkat pc...kena wat troubleshoot.. network.. hardware... server... software..semuanya kena tahu....dari sekecik2 masalah sampai lah ke sebesar2 masalah...dari masalah tak tahu nk guna word sampai lah ke masalah network tak ada...

tapi tu semua aku anggap ianya cabaran dalam pekerjaan aku. kalau tak ada cabaran pun tak best gak. nk pegi koje pun tak ada mood. banyak benda yang aku belajar. aku bukan lah tahu semua perkara..tapi ble ada masalah, dan masalah tu tak pernah aku hadapi...apa lagi. tnya pak google lah...pak google mmg bnyk membantu. so dari situ lah aku belajar semuanya. tak tahu lagi tanya orang...sampai bole solvekan masalah tu. masa tu mmg rasa puas hati lah.

aku plak dh anggap kami yang kat unit IT ni dah macam customer service. orang tepon tnya pasal masalah diorang, then kami akn solvekan. kekadang settle kan thru phone jek. kekadang kena pi site. tu jam lah kena angkat mengangkat. kekadang angkat pc dari tingkat 2 bawa naik kete...bawa blk plak ke opis..kekadang sesetengah lecturer tu nk pc ganti. so kena bawa pc ganti dari opis, bawa naik opis dia, pastu yg lama kena bawa lik opis...emmm...sian kitaorg. nak2 technican aku lah. dia lagi byk angkat mengangat ni.

tapi ada gak masalah yang kami tak leh nk bantu...antaranya pernah ada sorang lecturer ni call tnya nk setting iphone dia mcm mana...huhuhu...yg ni mmg rasa mcm customer service dah...so terpaksalah jawap...Dr yang ni Dr kena telefon service provider Dr tu. emmm...mcm2 karenah..tu lah cabarannya...hari2 pegi keje kena sentiasa bersedia. bersedia menghadapai apa masalah yang akan timbul.

kekadang masalah dengan staf yang degil.ni paling sakit hati lah. macam2 lah...tak tau nk tulis apa. masalah ngan staf yang kunun pandai IT...tapi menyusahkan semua orang.ada sekali tu..aku tolong sorang lecturer ni. udah le dia lecturer luar. kena speaking plak ngan dia. slalu lecturer foreigner ni byk songeh sikit. mcm2 mintakan...tapi aku layan jek lah. kan tadi aku cakap kitaorg ni mcm customer service..so kena cakap baik2 ngan customer aku ni. so ble semua masalah dia berjaya aku selesai kan...aku cakap kat dia...ok lah Dr. saya nk jumpa Dr. Y (bukan nama sebenar) ada problem sket..lecturer foreigner ni pun jawap lah...ok2 no problem..thank you very much...pastu dia ckp...u all ni orang penting fakulti. lagi penting dari lecturer2 kat sini. semua orang cari u. tp tak ada org pun cari i... (aku translate kan)..so tetiba rasa apa yang dicakapkan tu mcm betul jek...sikit2 cari budak IT...nk buat event kecik pun panggil budak IT..bak kata kalau kitaorg tak de...mmg lumpuh lah fakulti ni.hihihii....perasan lah plak.

anyway aku harap aku leh bertahan kat sini..bukan apa. setakat ni staf kat Unit IT fakulti ni lah yang paling ramai bertukar disebabkan depa berhenti keje...benti keje sbb stress...masa mula2 masuk sini, aku tnya technican aku, kenapa pen.peg it sebeluam aku ni berhenti kerja...dia kata budak tu stress.
huhuhuh....lelaki tu...boleh stress. apatah lagi kitaorang ni...dan semoga aku bekerja dengan ikhlas untuk mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat...amin....

Monday, August 9, 2010

Ramadhan...kehadiran mu ku tunggu



InsyaAllah...kalau di panjangkan umur, semua umat Islam akan menyambut Ramadhan pada esok Rabu 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H...

Selamat menunaikan ibadah puasa semua. Semoga kehadiran ramadhan kali ini, kita dapat mempertingkatkan amalan dan ibadah kita. Amin....

Hakimi


Hakimi : Dalam perut tu ada baby..
Munaz : Perut sapa?
Hakimi : Perut munaz lah
Munaz : Ada berapa baby dalam perut munaz.?
Hakimi : emmm...ada 2

Aku senyum...

Munaz : Tak pelah..hakimi doakan munaz dapat baby ek. munaz boring dok rumah sorang-sorang. kekadang Uncle John balik work lambat...tinggal munaz sorang-sorang..kalau ada baby leh dia teman kan munaz..
Hakimi : Boleh main ngan munaz....leh tido ngan munaz kat bilik atas tu kan...
Munaz : Betul3x....(sambil tersenyum lagi)


Mudah-mudahan....masin mulut anak buah aku ni...Allah tak bg 2 pun, 1 pun aku terima....

Tuesday, July 27, 2010

Percubaan kedua


Hari ni aku buat second IUI. Perasaan tak sama mcm yang pertama. Yang first ari tu aku rasa excited sangat nk buat. tp yang kedua ni biasa jek.takut pun ada. takut sbb sakit nk kena enject kt punggung and sakit sbb nk masuk besi kat anu...plak tu kali ni, dua malam aku mimpi pasal aku buat IUI. tak tau apa tafsiran mimpi tu. dan aku tak nak tau.mimpi kan mainan tido jek.

kebetulan hari ni hari nifsu syaaban. semlm aku puasa. mlm nya plak aku buat solat taubat ngan solat hajat. semoga dengan kehadiran malam yang penuh keberkatan ini, Allah akan memakbulkan hajat aku.

petang semlm aku tepon umi. nk cakap ngan abah.tapi abah tak ada.so tinggalkan pesan kt umi minta abah wat solat hajat utk aku mlm ni. (cakap sambil nangis).hihihihi....cenging sungguh.tu pun nak nangis...tak tau nape...sebak nk minta tolong kat abah.

pagi tadi sampai kt klinik dah lewat. kol 10. tunggu giliran aku punyalah lama. dlm kol 10.30 nama aku dipanggil tuk cek keadaan telur aku.alhamdulilah...ada 5 telur kesemuanya. dan aku diberi enjection kt punggung tuk masukkan ubat matangkan telur. sakit sangat....nurse tu kata tak sakit.rasa mcm kena gigit semut. tp aku rasa sakit jek...pastu tunggu lagi dalam 15 min tuk produce sperm my asben plak. hihihihi....ni lah part paling lawak sekali. tetiba rasa janggal nk kuarkan air mani suami. tp akhirnya berjaya gak..cayok beb!!!!pastu aku pi sarapan sbb depa nk wash sperma tu amik yang tebaik antara yang tebaik punyaaaa......

so dalam kol 12.15...nama aku dipanggil lagi tuk proses IUI....huhuhu....masa ni rasa cuak tul. sbb ble teringatkan doktor nak masukkan besi sebesar 2 jari ke dalam anu aku....pastu leh plak dia ketuk..aduh sakitnya....pastu doktor masukkan tiub yang ada sperma suamiku, dan masukkan ke dalam rahim aku...alhamdulilah.semuanya selesai. aku tak terus bangun. doktor suh aku landing kt katil tu beberapa minit...and before balik doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim. dan nurse pesan suh bersama ngan suami start mlm esok dan buat selang sehari selama 5 hari.huhuhuhu.....bolehkah?selalunya part tu lah yang selalu susah nk buat pun. sbb khamis baby dh pi main badminton.jumaat nk lik JB. sabtu ahad dah kt JB. sempat kah?aku akan cuba sedaya upaya ku....

anyway....aku hanya berserah dan bertawakal kepada Allah. segala usaha telah aku lakukan....dan sekarang aku tawakal. semoga kehadiran nifsu syaaban ini memberi sinar dan harapan untuk aku dan suami. mmg teringin sangat nak dengar tangisan bayi di rumah aku ni. teringin nak merasa bangun malam buat susu utk baby...teringin nak tgk suami tukar pamper baby...indahnya pengalaman tu ya Allah....semoga Allah akan kurniakan aku cahaya mata yang sihat, soleh dan soleha. yang dapat menyerikan keluarga aku. yang akan mendoakan kesejahteraan aku dan suami di akhirat nanti. dan pastinya kemunculan dia adalah merupakan harta yang tak ternilai kepada kami. Amin.......

Sunday, July 4, 2010

Baby sitter....



Lama tak menaip kat sini. tak ada masa sekarang ni. hari ni nak cerita pasal baby sitter. hari minggu baru ni, umi abah aku datang. bawa sekali cucu dia...aiman.umur 1 tahun 5 bulan. so weekend ni adalah hari yang paling best kt rumah aku. sbb dengar suara budak kecik menangis, ketawa, bercakap (walaupun tak paham apa yang dia cakapkan). tp yang pasti bunyi2 tu lah yang paling merdu didengar.

malam pertama aiman tido ngan Jedah dia. tapi malam kedua dia tido ngan aku ngan suami. ini bukan kali pertama aiman tido ngan aku. aku akui aku mmg tak dpat tido lena. sbb nya bile aiman tukar posisi dia tido, setiap kali tu jugaklah aku akan terjaga. aku takut dia terbangun dan menangis...so bile dah pagi, aku mengharapkan aiman tido lama lagi...tapi dia bangun awal. ble dia bangun, terus nk turun katil. terus amik remote aircond sambil tersengih...nk buat main. so cute....budak kecik...tau apa?celik mata nak bangun...so terus buat dia susu. mandikan dia...bawa keluar pi beli breakfast...

aku akui....aku boleh buat semua perkara yang melibatkan budak kecik...insyaAllah...tak semua...tp aku akan cuba. aku bole basuh dia berak, mandikan dia, bagi susu, tidokan dia...tapi apa yang aku pikirkan..aku rasa aku tak secekap orang yang ada anak. aku sangat lama mandikan dia. .aku mandikan aiman...sama macam aku mandi. aku akan sabun ketiak dia, leher dia....kaki sampai ke buku lali...sangat lama...lepas nak pakaikan dia pampers ngan baju pun lambat. nk buat susu lambat...mungkin aku belum cekap...aku pernah bagi aiman makan makanan baby masa dia kecik dulu...ya Allah....comot sungguh aiman..tak cukup comot kat mulut ngan muka...pap...tangan dia masuk dalam mangkuk makanan dia...abis sudu jatuh kat baju aku...pastu ngan pantasnya... tangan dia yang kotor tu dia lumur plak kat muka dia...aiman....aiman.....
aku mmg tabik spring kat ibu...mak..umi...mama..mummy yang ada anak dan yang boleh membuat kerja dengan pantas...nak2 kalau ibu yang bekerjaya...yang housewife sepenuh masa punapa kurangnya. aku tak boleh bayangkan keadaan aku bila ada anak. mmg aku nak sangat anak.i really mean it..aku tau ble aku ada baby, secara automatik nya aku leh jadi super duper mom in the world...insyaAllah :)

sekarang ni belum ada anak...balik koje terus baring depan tv.kepenatan...lepas solat magrib rasa mcm nk tido jek terus. kain baju tak terurus...mana nk basuh mana nk lipat nya...semuanya aku tak sempat buat.ops sorry bukan perkataan 'tak sempat'...aku lg prefer 'malas nk buat' disbbkan kepenatan...ble penat saya nk rehat.ble rehat saya nk tido.tu yang sampai tak jadi satu keje pun..weekend plak tak dok rumah.asyik nak berjalan jek...huhuhuhu....tapi aku mmg nak sangat merasa ada baby...aku tau..nnt klau ada baby...penat mcm mana pun balik keje..ble dpt tgk muka baby kita mesti hilang terus penatnya.

sama macam masa tido ngan aiman ari tu. bangun jek pagi..dia terus tersengih-sengih...walaupun aku ngantuk lg, tapi bile tgk aiman senyum...terus aku tersenyum...terus bangun layan aiman nk main...
tak pe lah....Allah belum nk beri aku rezeki lagi. belum sampai rezeki aku..aku yakin.Allah hanya nk menguji aku. hanya Dia sahaja tau tahap aku utk menempuh dugaan dari Dia...sekarang ni pun aku dok berdua ngan asben pun kucar kacir lagik...asben sibuk cari rezeki..keje tak menentu.keluar pun tak menentu..mood pun tak menentu...kang buatnya bad mood ada baby...dah kena marah2 plak..aku hanya mampu bertawakal sahaja.....

Monday, June 7, 2010

Kenangan Terindah


Semalam sesi mengemas kotak-kotak lama. Aku still simpan kotak masa hantaran kawin dulu. rasa macam dah tekad nk buang dah..sbb rasa mcm menyemak.dh masuk tong sampah dah...tp amik balik...dlm hati cakap...boleh simpan lagi ni...

kemas-kemas lagi...terjumpalah plak kad-kad lama yang aku buat tuk my hubby masa zaman bercinta dulu. baca sambil tersenyum sorang-sorang...mmg rasa mcm poyo...ayat berbunga-bunga tp tu lah hakikatnya bile time bercinta.yang tak pandai nk mengayat jadi power mengayat. yang tak pandai nk bersyair dah pandai bersajak bagai....mmg zaman bercinta lah zaman terindah lah masa tu...semuanya diawang-awangan...mcm ada kupu-kupu dalam perut ni ble mata bertentang mata...hihihihi....so sweet...

aku bertuah sbb aku kawen dengan orang yang sama masa aku bercinta....he's the only one...and he's the first and last for me...InsyaAllah...tp yang pastinya dia adalah yang pertama. aku tak pernah rasa bercinta dengan ramai orang..masa zaman sekolah dulu pernah lah...cinta monyet. cinta budak-budak...tp ble masuk alam universiti...suami aku ni orang pertama yang berjaya membuka hati ni utuk bercinta...dan sepanjang tempoh bercinta pun kitaorang tak pernah berpisah...bergaduh tu biasa...tp nnt baik lah...mmg manis lah zaman tu....kalau ingat2 balik mmg boleh tersenyum simpul sorang2...

kalau nk dicetekan pertemuan pertama kitaorg....aku boleh katakan bahawa ianya adalah jodoh. aku ngan suami aku satu course yang sama. tp kitaorg tak pernah berjumpa ke bertegur ke...so nak dijadikan cerita kami dijodohkan dalam satu kumpulan yang sama untuk buat 1 assigment.aku terpisah dari kawan-kawan aku sbb aku lambat daftar belajar masa tu. so ble tgk list nama aku...aku group dengan sorang lelaki dan sorang perempuan. yang nama lelaki tu Ismaharaffandikhan Ismail dan yang perempuan tu aku tak ingat.tp nama dia pun pelik gak sbb dia asal dari sabah. so aku rasa kumpulan aku ni terdiri dari student foreign...masa tu gak aku jumpa lecturer tu suh minta tukar...tp tak dapat....

so aku pun tak kisah nk cari depa...depa pun tak kisah nk cari aku. aku buat sendiri2 jek assigment tu. tetiba one day ada member aku ni kenal kan aku kat seorang budak lelaki. dia kata dia satu group ngan aku...fuh lega rasanya sbb budak tu adalah melayu...so dari saat itu lah aku kenal suamiku....(senyum lagi).....aku pernah terserempak ngan dia before tu dalam kelas. tp dalam hati aku berkata...ada anak mat saleh plak dlm kelas aku ni...rupa-rupanya tak de lah mat saleh mana pun...rupa dia jek yang mcm mat saleh...

so on my husband site...dia pun tercari-cari aku. dia tnya kawan aku ni which one is Sharifah Munazzah...kawan aku cakap munaz yang selalu bertiga yang kawan dia...yang tinggi2 dan kurus(masa tu kurus lah)...so dia kata...dia mengharap sangat orang yg kawan aku cakap kan tu adalah orang yang dia bayangkan...orang yang dia nk sangat kenal...(senyum lagi)...so nak dijadikan jodoh.ble kawan aku kenalkan aku ngan dia....mmg aku lah yang dimaksudkan...
so bermula lah episode study group...eposide terjumpa kat tangga...(senyum lagi) episode jumpa kat pondok (senyum lagi)....

ble masuk semester baru...aku dah lama tak jumpa suami aku dah masa tu...kt kelas pun jarang nampak.klau ada pun dia dalam kelas tu...kenapa aku nk cari dia kan...sapa lah aku ni..heheheh...tp tetiba one day...ada org dtg bilik aku cakap ada org nk jumpa...selalunya kalau org datang panggil tu...tetamu aku tu lelaki...so aku pun tertanya-tanya sapalah nk jumpa aku tu.aku ingatkan abang aku...so ble turun bawah...rupanya dia...hihihihi(senyum lagi)...so dari hari tu mula lah episode pinjam nota...hari2 pun dia nk pinjam nota aku....so kitaorg pun berkawan...sambung episode lepak kat tangga....kt pondok...kt cafe....bermula lah episode tukar2 gambar...hehehhe...lawak lah....so ntah sampai ble...kitaorg pun declare...bercinta...bertunang dan sekarang dh berkawin.....

dan sekarang....usia perkahwinan kitaorg nk masuk 6 tahun.walaupun belum dikurnikan cahayamata...aku tetap bahagia.....hari2 dia akan buat aku ketawa...gaduh2 tu biasa...tp suami aku adalah jodoh aku...insyaAllah sampai bile2...bak kata suami aku...dia tak dapat bayangkan kehidupan dia tanpa aku...aku pun sama....tak dapat nk bayangkan oleh akal pikiran ni mcm mana kehidupan aku tanpa suami aku.....semoga Allah melindungi perkahwinan kami ini hingga kekal ke syurga Nya....by....sha sayang ke mu.....sayang sangat....I love you very strong....

Saturday, May 8, 2010

IUI tak berjaya

Proses IUI aku tak berjaya kali ni. hari ni aku period.sedih sangat.semalam dah kuar darah dah sikit-sikit.tp aku sedapkan hati.sbbnya aku ada terbaca kat internet, salah satu simptom org peknen akn kuar darah sbb masa tu janin nk lekat kt rahim.so pujuk lah hati ni mungkin ada janin nk lekat padahal sebelum ni pun kalau nk period...mmg akan kuar darah sikit-sikit dulu mcm tu...aku ingat nk pi jumpa doktor. aku tnya abang aku...dia kata better tak payah dulu.tunggu sampai esok mcm mana. dia kata kalau kuar darah banyak..maknanya period lah tu...tp kalau kuar darah sikit dan berpanjangan...ada kemungkinan pregnant...

tp ble bangun pagi tadi darah tak kuar banyak lagi..kuar sikit.so aku tekad nk pi jumpa doktor. tp tetiba perut aku sakit.aku kenal sangat sakit tu...sakit perut nk sengugut..masa tu rasa frust sangat.aku dah dok termenung...aku dapat rasakan mmg aku nk period..

sudahnya...masa kat IOI utk teman my hubby pi fitness first...aku dapat rasakan ada banyak darah yang keluar. so sampai jek IOI aku ckp kt asben aku nk singgah farmasi beli pad.pastu ble cek kat toilet..mmg kompem kuar darah yg byk dan berwarna merah. masa tu tak nangis lagi walaupun dh kecewa. then aku call klinik Hamid Arshat...ckp kt nurse dia...masa tu dh tak leh control dah...nangis gle2...sedih sangat...pastu terus sms my abang...ckp aku period...

aku pun tak tau nk cakap perasaan aku ni.masa mula-mula buat IUI dulu aku tak de lah mengharap sangat sbb aku tau chance tuk ngandung mmg tipis sangat memandangkan kebarangkalian nak ngandung tu 5-20%. tp sepanjang proses selepas IUI tu...cara aku jaga makan,jaga kesihatan....semua tindakan yang aku lakukan aku akan berhati-hati.takut-takut dah lekat...so secara automatik...aku mmg berharap sangat...so ble dh jadi mcam ni mmg sedih sangat lah...aku tau asben aku pun sedih...tp dia tak tunjukkan depan aku. dia bg semangat.dia kata tak pe...boleh cuba lagi.cuba secara normal semula...klau tak jadi lagi tunggu doc suggest apa yang terbaik untuk kami...

ingatkan nak bagi hadiah istimewa utk umi n mak sempena hari ibu. tp terpaksa bagi kabar kurang baik untuk mereka. anyway sempena hari ibu ni...aku nk ucapakan terima kasih tak terhingga untuk umi tersayang...jasa dan pengorbanan umi sepanjang hayat kita tak akan kita lupakan umi...terima kasih kerana menjaga kite selama ini...terima kasih segalanya...dan untuk ibu mertua ku....sha ucapkan terima kasih ke atas segala teguran, ilmu dan jasa mak selama sha menjadi menantu mak...munaz mohon umi n mak doakan munaz dapat menimang cahaya mata yang soleh dan juga solehah...

terima kasih umi dan mak.....

Sunday, May 2, 2010

Renovation bermula.....

Proses revonation dah mula...rumah sangat teruk. tangga untuk naik ke tingkat atas dah roboh dah.so weekend baru ni, aku n hubby tido bilik bawah yang dah mcm dalam bilik rumah setinggan...sempit sangat. sbb banyak barang : bakul baju, bakul baju bersih, beg baju lagik...huhuhuhu....sangat sadis...dengan masuk rumah yang sangat berdebu. memang masuk rumah tu tak bersin tak sah..bangun pagi mesti kena selesama yang teruk. huhuhuhuhu...bilalah nak siap agaknya. tengok mcam banyak lagi nk buat. weekend ari tu pun dok menumpang umah adik ipar. sib baik rumah depa dekat ngan umah aku. nk mandi, solat makan semua kat sana..kalau tak mau aku n husband dok kematu kt IOI Mall..sbb plan asal nk pi teman hubby kt fitness first then aku mandi sana terus..pastu makan sana terus..solat semua..tp sib baik ada umah adik ipar...leh lah lepak sana...

cete pasal teman husband pi FF...last week teman dia pi ari rabu. kete parking kat basement..kebetulan escalator kat situ tak hidup..kena plak escalator jenis naik macam bukit tu...aku pun terpaksa lah mendaki escalator tu...lepas aku naik...tummy aku terus sakit.sakit sangat...aku rasa mcm ada benda nk keluar dah masa tu. rasa mcm nk keguguran pun ada gak (sbb penah rasa mcm first peknen). masa tu nk pi solat.lepas solat tu...aku usap perut aku sambil selawat. aku berdoa...jika ada terbentuk janin dalam rahim aku ini...aku berdoa semoga Allah melindungi ia sehingga 9 bulan..mlm tu pun sakit lagik. nak tido pun kena tegakkan badan. pagi tu aku wat peknen test...tp kuar 1 line jek..mungkin belum lagik...

tapi sekarang dah tak sakit...dah tak sakit pun aku risau gak...aku rasa badan aku ni banyak menunjukkan simptom-simptom nak period dari nk ngandung...huhuhuhu...Ya Allah ko tabah kan lah hati hambaMu ini untuk menerima dugaan dari mu ya Allah....muka dah naik jerawat...perut pun dah rasa sengal2 mcm nk kena senggugut...pinggang sakit...breast pun dh rasa sakit...huhuhu...sedih sungguh....

Tapi tu semua belum pasti lagi...next period patutnya 4hb...so tunggu jek lah seminggu lepas tu. doakan semoga semuanya selamat....semoga ada berita gembira menanti aku. dan sekiranya hanya berita sedih untuk aku...aku redha ya Allah....aku tahu Kau menyayangi hambaMu ini. dan aku tahu...Kau tak akan menguji aku di luar kemampuanku...

Monday, April 26, 2010

Renovate rumah

Hari ni start koje selepas hampir seminggu berehat. Sedang cuba tak nak stress2. Jangan angkat berat. Tak tau lah apa yang berlaku dalam rahim ni. Dah ada yang terbentuk ke? Jadi ke? Takutnya nk tunggu waktunya...Takut sekiranya belum ada rezeki aku lagi, mampukan aku tabah...umi..doakan anak mu ini..tak pelah.tak nak pikir bukan-bukan.terima seadanya...segala usaha dah dicurahkan...sekarang adalah masa untuk berdoa dan bertawakal padaNya. Semoga Allah memakbulkan doa hambaNya ini...

OK...aku bukan nak cete lagi pasal IUI tu...tapi nak cete pasal planning suami aku yang nk renovate rumah dia. mula-mula kami cadang nk pasang kitchen cabinet jek..nak wat ni pun sempena adik aku nk tunang. dia nk wat kt umah aku..lantak lah...aku n husband ok jek. tu yang plan nk wat kitchen cabinet tu..semlm ada org datang ukur and designkan kitchen cabinet kami. agak susah juga nk wat pilihan disebabkan kekangan ruang yang kecik kan...pastu disebabkan pilihan yang berbeza antara aku dengan suami aku juga menyebabkan susah nk wat pilihan. tapi yang frustnya aku nk pilih tema hijau putih...bole plak company tu tak de kaler hijau.hampeh tul...sudahnya belum ada keputusan. orang yang datang ukur tu pun pening ngan kitaorg. dia balik dulu then aku ngan suami akan wat pilihan.

Tup-tup....hari ni suami aku cakap dia nk renovate rumah sekali...dia nak ubah kedudukan tangga umah kitaorg tu...emmm aku malas nk cakap banyak...janji aku dapat pilih warna tiles ngan warna kitchen cabinet kitaorg tu...dan yang paling penting...harap2 benda tu siap before majlis pertunangan adik aku.

anyway...dikesempatan ini aku nk wish good luck kt member aku Amy yang akan wat IVF rabu ni. Good luck amy...aku kt sini doakan ko ek...da...