Monday, April 26, 2010

Renovate rumah

Hari ni start koje selepas hampir seminggu berehat. Sedang cuba tak nak stress2. Jangan angkat berat. Tak tau lah apa yang berlaku dalam rahim ni. Dah ada yang terbentuk ke? Jadi ke? Takutnya nk tunggu waktunya...Takut sekiranya belum ada rezeki aku lagi, mampukan aku tabah...umi..doakan anak mu ini..tak pelah.tak nak pikir bukan-bukan.terima seadanya...segala usaha dah dicurahkan...sekarang adalah masa untuk berdoa dan bertawakal padaNya. Semoga Allah memakbulkan doa hambaNya ini...

OK...aku bukan nak cete lagi pasal IUI tu...tapi nak cete pasal planning suami aku yang nk renovate rumah dia. mula-mula kami cadang nk pasang kitchen cabinet jek..nak wat ni pun sempena adik aku nk tunang. dia nk wat kt umah aku..lantak lah...aku n husband ok jek. tu yang plan nk wat kitchen cabinet tu..semlm ada org datang ukur and designkan kitchen cabinet kami. agak susah juga nk wat pilihan disebabkan kekangan ruang yang kecik kan...pastu disebabkan pilihan yang berbeza antara aku dengan suami aku juga menyebabkan susah nk wat pilihan. tapi yang frustnya aku nk pilih tema hijau putih...bole plak company tu tak de kaler hijau.hampeh tul...sudahnya belum ada keputusan. orang yang datang ukur tu pun pening ngan kitaorg. dia balik dulu then aku ngan suami akan wat pilihan.

Tup-tup....hari ni suami aku cakap dia nk renovate rumah sekali...dia nak ubah kedudukan tangga umah kitaorg tu...emmm aku malas nk cakap banyak...janji aku dapat pilih warna tiles ngan warna kitchen cabinet kitaorg tu...dan yang paling penting...harap2 benda tu siap before majlis pertunangan adik aku.

anyway...dikesempatan ini aku nk wish good luck kt member aku Amy yang akan wat IVF rabu ni. Good luck amy...aku kt sini doakan ko ek...da...