Tuesday, July 27, 2010

Percubaan kedua


Hari ni aku buat second IUI. Perasaan tak sama mcm yang pertama. Yang first ari tu aku rasa excited sangat nk buat. tp yang kedua ni biasa jek.takut pun ada. takut sbb sakit nk kena enject kt punggung and sakit sbb nk masuk besi kat anu...plak tu kali ni, dua malam aku mimpi pasal aku buat IUI. tak tau apa tafsiran mimpi tu. dan aku tak nak tau.mimpi kan mainan tido jek.

kebetulan hari ni hari nifsu syaaban. semlm aku puasa. mlm nya plak aku buat solat taubat ngan solat hajat. semoga dengan kehadiran malam yang penuh keberkatan ini, Allah akan memakbulkan hajat aku.

petang semlm aku tepon umi. nk cakap ngan abah.tapi abah tak ada.so tinggalkan pesan kt umi minta abah wat solat hajat utk aku mlm ni. (cakap sambil nangis).hihihihi....cenging sungguh.tu pun nak nangis...tak tau nape...sebak nk minta tolong kat abah.

pagi tadi sampai kt klinik dah lewat. kol 10. tunggu giliran aku punyalah lama. dlm kol 10.30 nama aku dipanggil tuk cek keadaan telur aku.alhamdulilah...ada 5 telur kesemuanya. dan aku diberi enjection kt punggung tuk masukkan ubat matangkan telur. sakit sangat....nurse tu kata tak sakit.rasa mcm kena gigit semut. tp aku rasa sakit jek...pastu tunggu lagi dalam 15 min tuk produce sperm my asben plak. hihihihi....ni lah part paling lawak sekali. tetiba rasa janggal nk kuarkan air mani suami. tp akhirnya berjaya gak..cayok beb!!!!pastu aku pi sarapan sbb depa nk wash sperma tu amik yang tebaik antara yang tebaik punyaaaa......

so dalam kol 12.15...nama aku dipanggil lagi tuk proses IUI....huhuhu....masa ni rasa cuak tul. sbb ble teringatkan doktor nak masukkan besi sebesar 2 jari ke dalam anu aku....pastu leh plak dia ketuk..aduh sakitnya....pastu doktor masukkan tiub yang ada sperma suamiku, dan masukkan ke dalam rahim aku...alhamdulilah.semuanya selesai. aku tak terus bangun. doktor suh aku landing kt katil tu beberapa minit...and before balik doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim. dan nurse pesan suh bersama ngan suami start mlm esok dan buat selang sehari selama 5 hari.huhuhuhu.....bolehkah?selalunya part tu lah yang selalu susah nk buat pun. sbb khamis baby dh pi main badminton.jumaat nk lik JB. sabtu ahad dah kt JB. sempat kah?aku akan cuba sedaya upaya ku....

anyway....aku hanya berserah dan bertawakal kepada Allah. segala usaha telah aku lakukan....dan sekarang aku tawakal. semoga kehadiran nifsu syaaban ini memberi sinar dan harapan untuk aku dan suami. mmg teringin sangat nak dengar tangisan bayi di rumah aku ni. teringin nak merasa bangun malam buat susu utk baby...teringin nak tgk suami tukar pamper baby...indahnya pengalaman tu ya Allah....semoga Allah akan kurniakan aku cahaya mata yang sihat, soleh dan soleha. yang dapat menyerikan keluarga aku. yang akan mendoakan kesejahteraan aku dan suami di akhirat nanti. dan pastinya kemunculan dia adalah merupakan harta yang tak ternilai kepada kami. Amin.......

No comments:

Post a Comment